Thursday 4 October 2018

CARA MEMBUAT LABEL TUDUNG EKSKLUSIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam pos kali ini kami ingin kongsikan cara-cara label tudung acrylic dihasilkan menggunakan mesin laser cutter.

BAHAN MENTAH


ACRYLIC
Kami menggunakan acrylic jenis 'casting' bagi tujuan penghasilan label tudung ini. Acrylic jenis ini lebih mahal daripada acrylic jenis 'extrusion'. Namun penggunaan acrylic jenis ini menjamin kualiti ukiran 'engrave yang halus dan cantik.

Syarikat kami menawarkan 3 jenis acrylic label iaitu jenis lutsinar (transparent), emas (gold) dan perak (silver). Acrylic berwarna emas dan silver itu sebenarnya menggunakan acrylic hitam yang di sadurkan dengan spray berwarna. Namun, jenis dan jenama spray bewarna tersebut kami tak dapat kongsikan disini kerana ini adalah resepi rahsia syarikat kami. Ramai terkeliru kerana menyangka label kami dihasilkan dari besi kerana warnanya yang sangat asli.


MESIN

Terdapat dua jenis mesin laser cutter yang kami gunakan untuk penghasilan label tudung yang berkualiti tinggi. 

Pertama kami menggunakan mesin laser cutter berkuasa 40 watt. Mesin laser cutter jenis ini mempunyai keupayaan untuk melakukan 'engrave' ataupun ukiran yang cantik dan halus. Namun untuk melakukan pemotongan menggunakan mesin ini tidak digalakkan kerana kualitinya tidaklah sebagus mesin laser cutter yang lebih berkuasa.

Mesin kedua yang kami gunakan adalah mesin laser cutter berkuasa 100watt. Mesin ini berkeupayaan memotong acrylic dengan lancar dan menghasilkan potongan cantik dan berkualiti.

100 watt laser cutter

Hasil carian imej untuk k40 laser cutter
40 watt laser cutter



LANGKAH PERTAMA:

Langkah pertama dalam penghasilan label acrylic adalah 'design'. Kami menggunakan software seperti adobe illustrator untuk mereka bentuk label tudung. Kebiasaannya setiap 'design' yang dihasilkan dibincang bersama pelanggan sehingga mereka bersetuju dengan design tersebut. Kami menawarkan khidmat mereka bentuk logo dengan harga serendah RM50 sahaja (bergantung kepada jenis logo).

Rekaan awal label dibuat menggunakan software Adobe Illustrator.


Selepas selesai fasa 'design' di dalam adobe illustrator. Kami akan 'import' file tersebut ke dalam corel draw. Kenapa corel draw?.. Corel draw merupakan software yang digunakan oleh mesin laser 40watt untuk bekerja. Semua label tersebut disusun di dalam corel draw.

Label disusun di dalam software Corel Draw sebelum dihantar terus ke mesin untuk di proses.



LANGKAH KEDUA:

Langkah kedua adalah proses 'engrave'. Hendaklah dipastikan setting mesin laser adalah betul untuk mendapatkan engrave yang cantik. Biasanya untuk 'engrave' menggukan mesin 40 watt, kami menggunakan kelajuan 200 dengan  kuasa sebanyak 10%.

Proses ini selalunya memakan masa selama sejam hingga ke dua jam bergantung kepada design label. Semakin besar permukaan yang hendak di engrave semakin lama masa yang di ambil untuk disiapkan.

Proses engrave sedang dijalankan di atas acrylic jernih

Hasil selepas engrave di atas acrylic emas


LANGKAH KETIGA:

Langkah ketiga merupakan proses yang mesti dilakukan dengan berhati-hati. Ini merupakan proses memindahkan acrylic yang sudah di engrave menggunakan mesin laser 40 watt ke dalam mesin 100 watt untuk proses memotong. Hati-hati disini bermaksud meletakkan acrylic yang sudah di engrave dalam kedudukan yang betul di dalam mesin 100 watt. Kami telah membuat koordinat khas di dalam mesin 100 watt. Perkara ini agak teknikal dan insyallah kami akan kongsikan dalam post yang akan datang.

Susunan di dalam mesin laser 100 watt

LANGKAH TERAKHIR:

Langkah terakhir adalah proses memotong menggunakan mesin laser 100watt. Proses ini tidak lama dan biasanya mengambil masa 5 minit untuk setiap acrylic yang hendak dipotong.

Proses membuat lubang jahit

Selesai dipotong
Label  (PREMIUM GOLD ACRYLIC LABEL) yang telah disiapkan
Label (TRANSPARENT ACRYLIC LABEL) yang telah disiapkan

Label  (SILVER ACRYLIC LABEL) yang telah disiapkan

Contoh yang telah dipasang pada tudung

Alhamdulillah, beginilah serba sedikit cara dan proses membuat label tudung acrylic. Ada banyak lagi jenis label yang kami hasilkan dan kami akan kongsikan didalam pos akan datang.

Untuk melihat lebih banyak label yang sudah siap, boleh melayari laman facebook dan instagram kami. Terima kasih






Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami di:
Shafiq 6013-2667599 (klik untuk terus whatsapp kami)
Najat 6012-3871289 (klik untuk terus whatsapp kami)

Wednesday 3 October 2018

APA YANG KITA BOLEH BUAT DENGAN LASER CUTTER?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah hampir 3 tahun menceburi bidang laser cut ini kami berjaya menghasilkan beberapa produk dan perkhidmatan. Antara produk yang kami tawarkan adalah:


1. Ekslusif Label Acrylic






2. Tanda nama meja guru






3. Keychain kayu dan acrylic











4. Trofi dan Anugerah











5. Wooden Portrait









6. Signboard





7. Aksesori perkahwinan









8. Kerawang untuk pentas dan pelamin












9. Perkhidmatan memotong fabric/kain, kayu, kertas dan acrylic





10. Cake topper







11. Tempahan khas






Ini adalah sebahagian produk yang berjaya membantu kami untuk meneruskan perniagaan kami. 
Sebenarnya banyak lagi produk dan hasil kraf yang kita boleh hasilkan berasaskan laser cutter. 
Insyaallah kami akan berkongsi cara bagaimana produk-produk berikut dibuat dalam pos -pos 
seterusnya. Boleh mengikuti kami rapat-rapat.



Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami di:
Shafiq 6013-2667599 (klik untuk terus whatsapp kami)
Najat 6012-3871289 (klik untuk terus whatsapp kami)


Tuesday 2 October 2018

PENGENALAN

BUKTI CINTA ENTERPRISE

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan post pertama di dalam blog ini.

Sedikit pengenalan mengenai syarikat kami. Kami merupakan pengeluar produk dan service berasaskan laser cut. Kami bernaung di bawah syarikat Bukti Cinta Enterprise yang telah ditubuhkan pada bulan Desember 2015. Lokasi kami di Jalan Kebun, Teluk Panglima Garang Selangor.

Visi kami adalah menjadi sebuah syarikat yang progresif dan maju dalam bidang pengeluaran berasaskan kraf yang merangkumi pertumbuhan produk dan perkhidmatan terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen kepada pelanggan. 

Misi kami pula ingin memastikan produk yang dihasilkan menepati cita rasa pelanggan dengan reka cipta terkini dan kontemporari. Kami juga ingin menyediakan perkhidmatan yang cepat dan berkualiti kepada pelanggan kami dan menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat pengeluar yang lain.

Di dalam blog ini. Kami akan berkongsi idea dan produk yang anda boleh buat menggunakan teknologi laser cut. Tetapi apakah laser cut?. Boleh lihat di pos seterusnya.




Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami di:
Shafiq 6013-2667599 (klik untuk terus whatsapp kami)
Najat 6012-3871289 (klik untuk terus whatsapp kami)

CARA MEMBUAT LABEL TUDUNG EKSKLUSIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam pos kali ini kami ingin kongsikan cara-cara label tudung acrylic dihasilkan menggunakan mesin las...